
1. Hadis 40 Imam Al Nawawi
2 Sirah Nabi Muhammad SAW
Pada tahun 1973 telah diadakan sebuah persidangan berkaitan pengajian Sirah Nabi Muhammad SAW. Berakhirnya persidangan berkenaan dengan keputusan menganjurkan pertandingan penulisan Sirah peringkat Antarabangsa. Semua penulis di seluruh dunia telah dijemput untuk menulis di dalam apa jua bahasa. Syaikh Sofiyurrahman telah menyertai pertandingan berkenaan. Keputusannya, beliau memenangi tempat pertama dengan meraih hadiah serta kelebihan yang menakjubkan! Buku beliau diterjemahkan kepada pelbagai bahasa serta disebarkan di serata negara. Lalu buku ini menjadi popular. Di pelbagai masjid dan surau bahkan sekolah telah menjadikan buku beliau sebagai modul di dalam subjek sirah. Keistimewaan buku beliau ialah; ia menjelaskan isu sirah Nabi Muhammad dengan lengkap Daripada lahir sehingga wafat! Bahkan, beliau sertakan gambaran latar belakang tanah Arab sebelum dibangkitkan Nabi Muhammad. Ini buku yang sangat istimewa!
3. 90 Pelajaran Tentang Bid'ah
Buku infaq dari Kapten Hafiz Firdaus. Kami bantu sebarkan dengan mencetak buku ini. Ia menerangkan tentang isu bidaah dari sudut penjelasan sehinggalah isu praktikal. Jika anda nak tahu penjelasan mengapa perkara itu bidaah dan hendaklah dijauhi, anda sangat sesuai mendapatkan buku ini. Keseluruhan buku ini seperti ensiklopedia Bidaah versi Salafi.
4. Inilah Islam yang Semestinya DIfahami
Penulis: Syaikh Ali Al-Tantawi Penterjemah: Syihabudin Ahmad Halaman: 336 Isi Kandungan: Kisah Kitab Ini Agama Islam: Apa itu Islam? Ilmu Dharuri dan Ilmu Nazori Badihi dan Akidah Kaedah-Kaedah Akidah Beriman Kepada Allah Kewujudan Allah Allah Tuhan Semesta Alam Allah Pemilik Alam Tuhan yang Disembah Tauhid Uluhiyyah Roh Ibadat Asas Tauhid Uluhiyyah dan banyak lagi.
5. Perangkap Iblis
✔ Penulis: Ibn Jauzi rahimahullah
✔ Pentahqiq: Aiman Soleh Syakban
✔ Halaman: 658
Buku Ibn Jauzi yang paling banyak diajar di masjid dan surau-surau dalam genre penyucian jiwa kini telah diterjemahkan di dalam bahasa Malaysia!
Cakupan Perbahasan Buku Ini
✔Perintah berpegang teguh dengan As-Sunnah dan Al-Jamaah.
✔Celaan terhadap bid’ah dan para pelakunya.
✔Peringatan agar waspada terhadap fitnah dan tipu-daya Iblis.
✔Makna Talbis dan Ghurur.
✔Talbis Iblis terhadap kepelbagaian Aqidah, firqah dan kepercayaan yang menyimpang yang antaranya seperti terhadap kelompok khawarij, ahli kalam dan falsafah, penyembah berhala, Syi’ah, kaum Yahudi dan Nashara, dan lain-lain