
Apps ini akan memberikan perubahan dalam semakan dan penelitian.
- Akhirnya kita tak akan terus tertipu kerana kita juga dapat mencari maklumat daripada sumber pertama.
- Pelajar Universiti di peringkat Diploma, Master dan PhD akan mudah membuat kajian dan rujukan yang pantas.
- Tidak perlu lagi risau untuk mendapatkan bahan bacaan yang boleh dibaca menggunakan telefon mobile dan tablet.
- Pada permulaannya, saya mahu membina App ini bersama isteri saya sahaja. Guna duit tabungan kami dan kerja keras sendiri. Tetapi atas permintaan ramai yang yakin dengan potensi besar manfaat dunia dan akhirat bagi apps ini, akhirnya apps ini dibuat secara umum. Kita bina sama-sama dengan dana dan tenaga kita.
Kos Pembinaan Aplikasi Mobile ini ialah: RM 67,575.00 –Alhamdulillah, kita sudah berjaya mengumpulkannya bagi urusan pembinaan. Pun begitu, kita masih memerlukan dana berterusan bagi memastikan projek penterjemahan, maintenance dan penambahbaikan aplikasi dapat dibuat secara berterusan.
Apps ini sudah LIVE di App Store (Apple) dan PlayStore (Android)!
Jom bantu App ini seberapa yang anda mampu! Boleh jadi, dengan sumbangan anda, ia akan memandaikan lebih ramai orang dan menjadikan kita umat yang intelek, beriman dan beramal!